Secara keseluruhannya, konsep kecergasan merangkumi segala aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang baik dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri.
Ia melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal. Setiap aspek saling bantu-membantu. Jika satu terganggu maka yang lain akan terjejas dan prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan. Oleh itu, atlet yang akan menyertai pertandingan mestilah mempunyai kecergasan menyeluruh dan keyakinan yang tinggi. Kecergasan menyeluruh adalah integrasi komponen-komponen fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani.
1.Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
2.Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain yang berada disekelilingnya.
3.Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta melakukan menggunakan emosi sendiri tanpa arahan orang lain.
4.Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu system nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna
5.Kecergasan Fizikal
Kecergaan fizikal dalam konteks sukan ialah keupayaan seseorang individu untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal dan fisiologi dalam melakukan aktiviti sukan tanpa menyebabkan keadaan keletihan dan masih mempunyai lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti lain ataupun kecemasan. Kecergasan fizikal merupakan aspek yang penting bagi setiap individu, kecergasan tubuh badan hanya akan tercapai menerusi latihan fizikal bersistematik yang terancang dan dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan yang sesuai serta disiplin yang tinggi.Contohnya seorang atlet, tugas utamanya adalah menjalani latihan dan pertandingan. Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang atlet dapat menghadapi masalah fizikal semasa pertandingan.
Terdapat dua jenis kecergasan iaitu kecergasan untuk menjalani aktiviti harian berlandaskan kesihatan. Komponen ini terdiri daripada kekuatan, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelenturan atau fleksibiliti dan komposisi badan. 5 kompenen ini amat penting. Bagi atlet pula, selain daripada lima komponen tersebut, mereka memerlukan kecergasan yang yang berlandaskan perlakuan motor. Terdapat enam komponen kecergasan untuk atlet prestasi tinggi iaitu koordinasi, kelajuan, ketangkasan, kuasa/daya, imbangan dan masa tindak balas.